Kedai Input Pertanian

Kami bantu tingkatkan hasil & kualiti tanaman

Kami di FeN Shoppe komited dalam membantu peladang dan petani bagi meningkatkan hasil & kualiti tanaman. Berpengalaman lebih daripada 20 tahun dalam sektor pertanian/perladangan, kami memiliki 10 buah kedai di seluruh Malaysia untuk menampung keperluan permintaan pelanggan.

FeN Shoppe merupakan jenama dan kedai input pertanian di bawah milik syarikat FELCRA Niaga Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat FELCRA Berhad yang berupaya dan mampu mengeluarkan serta membekal input pertanian seperti baja tanaman, bahan kimia/organik mesra alam dan juga peralatan pertanian.

  • BAJA TUNGGAL, SEBATIAN KOMPAK, CAMPURAN, BULK BLEND, PERAWAT TANAH

Kami menyediakan baja standard untuk penggunaan pertanian am dan juga pembuatan baja mengikut permintaan khusus dan keperluan pelanggan. Keperluan nutrien penting amat diperlukan oleh tanaman bagi menghasilkan tanaman yang lebih berkualiti untuk hasil yang lebih banyak.

Baja keluaran FELCRA Niaga dan dipasarkan di FeN Shoppe adalah baja sebatian kompak NPK FN 25, FN 44, FN 45, FN 55 dan FN 65. Produk ini sangat bagus dan terbaik bagi pembajaan pokok sawit dan juga tanaman lain bagi peningkatan hasil & kualiti.

  • RACUN PEROSAK (RUMPAI/TIKUS/SERANGGA/KULAT/SIPUT) & ORGANIK MESRA ALAM

Secara ringkasnya racun perosak ialah sebarang bahan atau sebatian bertujuan untuk mengawal, mencegah, memusnah, melemah, menghalau, melegakan atau mengurangkan jumlah makhluk perosak.

Kami juga menyediakan produk organik mesra alam yang membantu dalam mengawal kulat, ulat & bakteria, penggalak akar, pelekat (adjuvant), pemulih tanah dan lain-lain yang diperlukan tanaman. Antara produk yang diedarkan oleh FELCRA Niaga adalah seperti BIOLIFE 1.7 SL, C-TREAT SL, NEW BT, NEWFOL AMINO SULFUR, NEWFOL CAL-BORON, NEWFOL-K, NEWGIBB 10 SP, ROOT PLUS SL, STIMUS PLUS SL, XENIC 27.65 SL dan PHYTON 27.

  • SARUNG TANGAN, PENYEMBUR RACUN, CANGKUL, SUDIP TANGAN, PENYIRAM, GUNTING PANGKAS DAN LAIN-LAIN

Mengusahakan tanaman memerlukan peralatan yang sesuai untuk memudahkan kerja-kerja yang dilakukan. Peralatan perladangan/pertanian amat penting bagi mempastikan kebun sentiasa terjaga rapi dan memudahkan untuk kita menuai hasil pertanian.

Kami di FeN Shoppe sedia membantu dalam penyediaan peralatan ini mengikut permintaan dan kesesuaian keperluan ladang atau kebun pelanggan. Boleh terus hubungi kedai atau pegawai jualan kami untuk maklumat lanjut.