baja tanaman & perawat tanah

BAJA TUNGGAL, SEBATIAN, CAMPURAN, BULK BLEND, PERAWAT TANAH ZEOLITE

Kami menyediakan baja standard untuk penggunaan pertanian am dan juga pembuatan baja mengikut permintaan khusus dan keperluan pelanggan.
Keperluan nutrien penting amat diperlukan oleh tanaman bagi menghasilkan tanaman yang lebih berkualiti untuk hasil yang lebih banyak.
Baja keluaran FELCRA Niaga dan dipasarkan di FeN Shoppe adalah baja sebatian kompak NPK FN 25, FN 44, FN 45, FN 55 dan FN 65. Produk ini sangat bagus dan terbaik bagi pembajaan pokok sawit dan juga tanaman lain bagi peningkatan hasil & kualiti.

BAHAN KIMIA & ORGANIK

RACUN PEROSAK (RUMPAI/TIKUS/SERANGGA/KULAT/SIPUT) & ORGANIK MESRA ALAM

Secara ringkasnya racun perosak ialah sebarang bahan atau sebatian bertujuan untuk mengawal, mencegah, memusnah, melemah, menghalau, melegakan atau mengurangkan jumlah makhluk perosak.
Kami juga menyediakan produk organik mesra alam yang membantu dalam mengawal kulat, ulat & bakteria, penggalak akar, pelekat (adjuvant), pemulih tanah dan lain-lain yang diperlukan tanaman. Antara produk yang diedarkan oleh FELCRA Niaga adalah seperti BIOLIFE 1.7 SL, C-TREAT SL, NEW BT, NEWFOL AMINO SULFUR, NEWFOL CAL-BORON, NEWFOL-K, NEWGIBB 10 SP, ROOT PLUS SL, STIMUS PLUS SL, XENIC 27.65 SL dan PHYTON 27

ALATAN PERTANIAN

SARUNG TANGAN, PENYEMBUR RACUN, CANGKUL, SUDIP TANGAN, PENYIRAM, GUNTING PANGKAS DAN LAIN-LAIN

Mengusahakan tanaman memerlukan peralatan yang sesuai untuk memudahkan kerja-kerja yang dilakukan. Keperluan ini bagi memastikan ladang, kebun dan tanaman sentiasa terjaga rapi bagi meningkatkan hasil dan kualiti tanaman.